Terima Kasih Hati
12/27/12 • 4:06 AM • 0 comments
Dengar ya wahai hati
Aku tahu rasa sakit ini Sukar untuk diungkap dengan kata-kata Malah, rasa sakit itu jugak tidak boleh diungkap Dengan contengan di atas lembaran kertas sahaja Dan lebih teruk lagi apabila hati itu Sudah diminta untuk berhenti berfungsi Parah
Duhai hati yang rawan
Aku tahu apa pun yang cuba ku lakukan Sekali kata-kata orang terkesan dihati Kau akan selama-lamanya berbekas Bukan tidak pernah aku cuba kikis Tetapi memang itu cara hidupmu Mudah memaafkan perlakuan orang Tetapi sukar melupakan.
Dengar ya wahai hati
Aku tahu Andai saja hati itu boleh di'scan' dengan mata kasar Kau lah anggota yang sarat dengan duka Berbanding anggota-anggota yang lain Penuh dengan torehan, luka dan parut Namun ku tetap yakin Engkau terlaku kuat dan tabah..
Wahai hati
Aku bersyukur kerana punya hati sepertimu Itu kerana kau tidak pernah berhenti berfungsi sekali pun Kau tetap terus bergerak walau hanya dengan bertatih Itulah engkau HATI Setiap kali disakiti, ditikam, dicucuk, disagat, dan disayat Kau tetap terus berfungi untukku Hanya untuk aku
Hati...
Bagaimana caranya agar ku bisa merawatmui? Guna plaster kah? Guna Gunting kah? Atau Guna iodine kah? Jika guna plaster, luka besar boleh diplasterkah? Jahit guna benang, takut akan meninggalkan parut Jika guna iodine, nantinya kuning hati itu Tidak cantik seperti orang lain yang merah
Alhamdulillah hati...
Allah ajarkan padaku Agar sentiasa redha selalu Allah beri perhatian padamu dengan diuji Wahai hati... Percayalah, walau dirimu penuh luka Tapi cukup engkau tidak bersangka-sangka Pada Tuhan yang menciptakan mu Juga yang menciptkanku Sungguh benar hati... Ujian itu wasilah untuk kita Agar sentiasa ingat pada yang Esa...
Anas berkata, Rasulullah bersabda:
"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah."
(Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)
|
Owner
![]() Walkie Talkie
" My Status
♥ >> Love Allah ;)!
date : NOW
at:10 am
♥ >> I Luv you friends!
date : 15/9/13
at: 12pm
♥ >> Mortal Instruments?
date: 4/9/2013
at: 2.15pm
History Memories
![]() D' Credits
|