LOVE MEREKA :')
4/12/13 • 6:57 PM • 0 comments
Assalamualaikum.
p/s: damainya
Petang yang aman .Sudah lama aku tak rasa aman macam ni...Tiadanya dengar jeritan terpekik terlolong di luar bilik...Tapak kaki jalan2 kat paras,bunyi kucing carik gado atau anasir anasir jahat kat luar sana .Aman ditemani bear ku tersayang di sebelah yang sudi teman aku tido selama ni...Dia setia dengan aku..MY LITTLE DEVOTCHKA..aku siap bagi nama lagi semua patung bear and bantal kesayangan aku ...yang kat KK tu ada 2 lagi .si PATRICK and si star-APPETON .
Adoii rindu woo.DOMO sudah dibakar .Tangan dah putus dua dua .Cacat :'( .Mak sudah buang ia.SEDIH T_T .Senangnya mak aku buang barang2 aku ..Mak kata berhama lah..Yelah mana tak nyer berhama...simpan dalam stor .Dah la kau balik ni sebulan sekali jerr...Mak aku suka renovated bilik aku ..Pelik aku .Balik balik draw kat bilik mak .Meja belajar kat bilik kakak. Gambar frame aku semua mak aku promoted kat luar..besar2...HAHA .amat terharu ..tapi barang barang aku semua aku dah tak jumpa dah...Banyak tempat mak aku letak and simpan..waduhh
Apa pun...aku happy dapat balik rumah before final ni...Nak minta restu mak ayah ...Biar berkat aku nak jawab final nanti. Lagi pon aku amat rindukan mak ayah aku sangat99999999x. Sayang mereka sangat99999x.Tanpa mereka tiadalah aku kat dunia ALLAH ni. Walaupun aku ni sakit,mak ayah aku tak pernah berhenti usaha yang terbaik untuk aku .Banyak diorang berkorban untuk aku.
Aku ingat lagi bila aku sakit hari tu ...Aku telefon mengadu sekejap je dengan diorang...tup tup diorang dah sampai PAHANG,tinggalkan ofis,kerja semata-mata nak tengok anak dia ni.. Nak jemput aku balik :'( .RUSH bawak aku gi hospital..Mak abah,dekdah sayang sangat9999999999999999x mak dan abah .Takde siapa boleh ganti tempat mak abah dan tiada galang gantinya.
Bila nak diungkap kebaikan dan kasih sayang mereka tak dapat nak diungkapkan dengan kata kata.Betapa BESARNYA..Hanya Allah s.w.t je lah yang mampu membalas segalanya .Hanya Allah je yang taw..Aku sayang mereka.Aku rela beri apa sahaja kat diorang.Aku rela bekorban .Allah .Ampunilah segala dosa dosaku ya Allah.Aku tahu aku banyak membebankan mereka sehingga ke hari ini .dan aku juga susahkan mereka dengan dosa dosa ku :'( :'( .Aku alpa ya Allah.
Marah mereka bukan bermaksud mereka benci...tapi kerana mereka amat menyayangi.Teguran mereka bukan untuk menjatuhkan,tapi kerana mereka tidak mahu kita alpa dan nak kita terus bersemangat .Berderai air mataku tulis post nihh ...Tak dapat aku nak ungkapkan betapa besarnya kasih sayang aku dekat mereka...Tak terbalas segalanya. :'( .Kalau boleh,ya Allah janganlah kau turunkan sebarang penyakit dekat mak ayah aku...Aku rela tanggung segalanya..Biarlah aku sahaja yang merasainya...jangan mereka.Aku tidak sanggup ya ALLAH..KASIHANILAH mereka ya ALLAH :'( .
Ya Allah luaskanlah kubur mereka kelak .Berikanlah mereka kesenangan di akhirat kelak. Janganlah diseksa mereka yaLLAH.sesungguhnya seksaanmu amatlah pedih dan tak tertanggung kami azabnya...Ampunilah mereka ya Allah.Tempatkan lah mereka di kalangan orang orang yang beriman,soleh solehah .. :') .Ampunilah aku ya Allah .
Aku nak balas jasa mereka..Ya Allah..berikanlah aku kekuatan untuk aku tempuh kehidupan yang akan mendatang .Berikanlah aku sihat semula .Aku mahu sihat ya ALLAH..:') .Kasihanilah aku ya ALLAH...
|
Owner
![]() Walkie Talkie
" My Status
♥ >> Love Allah ;)!
date : NOW
at:10 am
♥ >> I Luv you friends!
date : 15/9/13
at: 12pm
♥ >> Mortal Instruments?
date: 4/9/2013
at: 2.15pm
History Memories
![]() D' Credits
|