#BIG.DECISION
5/6/13 • 4:55 PM • 0 comments
Assalamualaikum.
Entry buat sekeping hati. Minta lah apa yang hendak kamu minta dariku. Aku tahu kamu mahu yang terbaik buatku. Begitu juga aku. Aku bukan ego. Tapi aku mahu kamu tenang. Kamu yang meminta ketenangan itu. Setahun, 2 tahun ... Aku tahu kamu banyak mengalah denganku. Bila aku marah, aku tidak boleh dan tidak jadi marah kamu. Tak tahu kenapa. Tapi bila kamu marah. Aku tidak sempat pujuk. Kenapa mesti kamu yang meminta maaf dulu. Padahal memang sepatutnya aku yang kena minta maaf. Aku yang sepatutnya ! Tapi kini. Tapi aku pohon,tolong mengerti aku.Fahami aku.. Bukan aku tidak sabar. Adakah kau tidak nampak berbulan bulan lamanya aku bersabar demi kamu :'( Mahu marah aku juga ?. Ye sabar .Kita mesti bersabar.Tapi sabar ada tahapnya kan. Tapi kini aku sudah memaafkan.Tapi sukar untuk melupakan. Tolong fahami hati ini. Apabila kamu ditimpa kesusahan yang berat dan hatimu seringkali bersabar. Sampai satu tahap.Bolehkah ? Aku tidak boleh sabar bukan beerti aku bersalah dan mengalah. Aku jadi begini kerana apa ? Kamu mahu tahu. Dalam waktu yang sama,wilayah yang sama,..hati aku bergegar dengan penyakit. Dengan masalah dengan kamu. Hempap diri ini sekali gus. Aku bersabar dengan penyakit.Dengan masalah yang tak henti henti.Aku sabar lagi.. Nak jaga hati.Nak jaga diri. Dalam satu masa yang sama. Hati sakit,hati rosak. Effect diri. Terlalu memikir. Sampai demam diri :'( Pernah kamu kesiankan semua itu. Tanyalah budak bilik ku sendiri. Merintih memberi tahu yang aku ditinggalkan sendiri waktu aku dijemput pulang dahulu. Aku bukan muak dengan semua ni.Sayang itu tidak pernah muak buat kamu. Hanya kamu yang tidak memikirkan peritnya dalam dalam. Semua orang punya masalah kan ? Bukan namanya hiduplah kalau takde masalah. Mohon maaflah kalau aku sudah merosakkan otak kamu. Bukan niatku. Bukan mahuku.. Jikalau mahu aku pergi. Baik, aku pergi . Kamu tidak salah dan tidak berhak untuk disalahkan. Bagi aku kamu terlalu takut untuk menahan semua ni. Sebab apa aku kata kamu takut ? Sebab kamu tidak berani berterus terang dihadapannya dia yang kamu berani rapat dengan ku. Kamu mendustakan yang kamu rapat denganku. Sampaikan dia sering berkata kamu berdusta dengannya. Jikalau kamu berterus terang dengannya,mesti lambat laun dia bisa terima. Tapi kamu tidak membicarakan. Memang kamu mempertahankan semua ini, tapi tidak berkata perkara yang betul. Sampai sanggup menafikan adik. Aku amat terkilan. Amat kecewa :'( Kenapa perlu begitu ? Kenapa tidak berterus terang ? Adakah itu namanya kamu menghargai ? Takut dia hilang. Jangan risau bukan dia yang hilang.INSYAALLAH saya. Cuba kamu bayangkan kalau orang yang kamu sayang sanggup tidak akui kamu sebahagian daripada hidup dia . Apa perasaan kamu ? Terasa mahu lari dan menghilang, agar apa yang disebut itu menjadi nyata. :'( Aku bukan meminta menjadi orang penting dalam hidup kamu.. Tetapi mahu rasa dihargai. Tapi jikalau dimana mana aku menjumpaimu. Aku akan bilang dialah insan yang sering sayang kepada aku. Tetapi kini tidak boleh :'( Kerana kamu berani menafikan semua itu. Masa kan orang percaya kata kata aku ? Sebab kamu menafikan. Maafkan saya kerana sudah membuat kamu dicubit,dipukul, dicaci dan dihina. Kamu sanggup diamkan sahaja. Sebegitu sekali kamu menjaga hatinya. Besar pengorbanan kamu. Terima Kasih. Tidak terbalas segalanya. Tak apa. Saya faham.. Saya harap orang lain yang awak sayang takkan mengalami nasib yang sama macam saya. Macam awak. Jika awak dah jumpa insan lain buat gantian insan ini yang akan betul betul hargai awak. Bukan macam saya. Awak belajarlah cara menghargai insan yang sudi berkorban dan memberikan kasih sayang kat awak setulusnya. Jangan kecewakan hatinya. Jangan persia siakan . Jangan kamu tinggalkan. Jangan nafikan dia bagaimana awak buat kat insan yang lain. Macam saya. Saya juga akan berusaha selepas ini agar orang yang saya sayang takkan rasa apa yang saya rasa. Apa yang saya tanggung.Saya akan pastikan yang dia takkan rasa kecewa dan derita kalau ada yang cuba halang.. Saya takkan jadi lemah depan insan lain. Saya akan cuba hargai dia walaupun dia yang disayang tak hargai penat lelah saya. Mahuku apa kamu tahu ? Aku mahu pergi. #JANGAN RISAU KAMU TIDAK HILANG DIA. KAMU HANYA AKAN HILANG INSAN lain je.
|
Owner
![]() Walkie Talkie
" My Status
♥ >> Love Allah ;)!
date : NOW
at:10 am
♥ >> I Luv you friends!
date : 15/9/13
at: 12pm
♥ >> Mortal Instruments?
date: 4/9/2013
at: 2.15pm
History Memories
![]() D' Credits
|